Cara Berwaqaf Pada Akhir Perkataan

Terdapat 3 cara untuk berhenti di akhir perkataan:

1. Sukun Mahadh
Mematikan huruf akhir iaitu membunyikan suara huruf akhir itu tanpa baris.

Bagi perkataan yang diakhiri dengan huruf mad, hendaklah dikekalkan suara panjang mad tersebut.

لَهُ الْاَسْمَاۤءُ الْحُسْنٰى

Bagi perkataan yang diakhiri dengan sabdu, hendaklah dikekalkan sifat-sifat huruf akhir tersebut; seperti sifat-sifat qalaqalah, hams, jahar, syiddah, ghunnah atau taqrir dan juga sifat tebal atau tipis huruf tersebut.

 وَاِذِ ابْتَلٰٓى اِبْرٰهٖمَ رَبُّهٗ بِكَلِمٰتٍ فَاَتَمَّهُنَّ

Waqaf dengan sukun akhir sahaja.

مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ --> مِنْ شَرِّ مَا خَلَقْ

Ta Marbuthoh ( ة ) diwaqafkan dengan Ha Sukun ( هْ ).

اِذَا وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ --> اِذَا وَقَعَتِ الْوَاقِعَةْ

Diwaqafkan dengan menukar tanwin fathah kepada mad 2 harakat.

وَّالسَّمَاۤءَ بِنَاۤءً --> وَّالسَّمَاۤءَ بِنَاۤءا

وَكَفٰى بِاللّٰهِ حَسِيْبًا --> وَكَفٰى بِاللّٰهِ حَسِيْبَا

Diwaqafkan dengan 2, 4 atau 6 harakat berserta sukun akhir huruf.

الَّذِيْ يُوَسْوِسُ فِيْ صُدُوْرِ النَّاسِ --> الَّذِيْ يُوَسْوِسُ فِيْ صُدُوْرِ النَّاسْ

2. Raum
Melemahkan suara huruf terakhir itu; dengan meninggalkan sebahagian besar harakat huruf itu dan didengari oleh orang-orang yang berhampiran sahaja.

Diharuskan untuk huruf yang berbaris dhommah atau kasrah sahaja. Sekiranya huruf akhirnya bertanwin, maka bunyi nun dihilangkan dan diwaqafkan dengan sebahagian harakat sahaja.

Tidak berlaku mad ‘aridh lissukun jika didahului dengan huruf mad kerana hukum raum menyerupai hukum wasal (dibaca 2 harakat sahaja).

مٰلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ – اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ

اِنَّ الْمُتَّقِيْنَ فِيْ جَنّٰتٍ وَّنَهَرٍ – وَكُلُّ صَغِيْرٍ وَّكَبِيْرٍ مُّسْتَطَرٌ

3. Isymam
Memuncungkan dua bibir dengan ada ruang di antaranya untuk melepaskan udara tanpa mengeluarkan suara selepas mematikan huruf yang terakhir.

Diharuskan untuk huruf yang berbaris dhommah atau dhommatain sahaja. Berlaku mad ‘aridh lissukun jika didahului dengan huruf mad.

اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ

وَلَهُمْ فِيْهَآ اَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ

Perhatian:
1. Sebutan raum dan isymam hendaklah dikuasai dengan mempelajarinya dengan kaedah talaqqi musyafahah.
2. Perkataan ta’ marbutah hanya harus diwaqafkan dengan sukun mahadh sahaja.

اَلْحَاۤقَّةُ – مَا الْحَاۤقَّةُ

3. Raum dan isymam tidak berlaku pada mim jama’ dan harakat aridhah (baris mendatang).
4. Terdapat perselisihan pendapat sama ada ha’ dhamir boleh diwaqafkan dengan raum dan isymam. Oleh itu lebih selamat jika ha’ dhamir diwaqafkan dengan sukun mahadh.

Banner 7

rawatan bekam









Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.