Hukum Hamzah Qat’u

Pengertian

Hamzah Qat’u  ialah huruf hamzah yang dibaca (dibariskan) ketika memulakan bacaan darinya (ibtida) atau menyambung bacaan padanya (wasal) pada sesuatu perkataan. Berbeza dengan Hamzah Wasal yang hanya dibaca ketika ibtida tetapi diabaikan ketika wasal pada hamzah tersebut.

Tanda Mengenal Hamzah Qat’u 

Hamzah Qat’u  boleh dikenal dengan melihat huruf (ء) berbaris dalam suatu perkataan. Ia temui dalam semua keadaan samada awal, pertengahan, akhir, berbaris fathah, kasrah, dhommah mahupun sukun seperti yang dapat diperhatikan pada contoh-contoh selepas ini.

Bentuk-bentuk Hamzah Qat’u 

Di Sini dibentangkan beberapa keadaan Hamzah Qat’u  yang boleh ditemui di dalam al-Quran.

  • Hamzah Qat’u  di awal Perkataan

Hamzah Qat’u  boleh ditemui di awal perkataan berbaris Fathah, Kasrah, Dhommah seperti contoh-contoh di bawah:

أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ – إِنَّا أَنشَأْنَاهُنَّ إِنشَاءً – أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ

  • Hamzah Qat’u di Tengah dan Akhir Perkataan

Hamzah Qat’u  boleh ditemui dipertengahan dan akhir perkataan berbaris sukun, fatahah, kasrah dan dhommah seperti contoh-contoh berikut:

 سَوَاءَ – وَهَيِّئْ لَنَا – وَبِئْرٍ مُّعَطَّلَةٍ – ألسَّماَءِ – وَمَآ اُبَرِّئُ – يُؤْمِنُون – وَيُنشِئُ – لَا تَسْأَلُوا

Banner 7

rawatan bekam









Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.