Hukum-Hukum Mad

Mad bererti memanjangkan suara pada huruf-huruf mad atau lin.

Huruf-huruf mad ada tiga:

i.  Alif ( ا ) sakinah, sebelumnya huruf berbaris fathah 

ii. Wau ( و ) sakinah, sebelumnya huruf berbaris dhommah 

iii. Ya’ ( ي ) sakinah, sebelumnya huruf berbaris kasrah 


وَأُوتِينَا     –      أُوذِينَا     –     نُوحِيهَآ

Huruf-huruf lin ada dua:

1.     Wau ( و ) sakinah, sebelumnya huruf berbaris fathah   

 خَوۡفِۢ

2.     Ya’ ( ي ) sakinah, sebelumnya huruf berbaris fathah  

  ٱلۡبَيۡتِ

Hukum mad terbahagi kepada dua jenis: 

  1. Mad Asli – iaitu mad asal yang ada pada satu-satu kalimah dan tidak terikat dengan sebarang sebab untuk memanjangkannya seperti bertemu dengan huruf hamzah atau sukun.

  2. Mad Fari’e – iaitu mad yang cabang atau tambahan; iaitu mad yang mempunyai sebab untuk memanjangkannya seperti bertemu dengan huruf hamzah atau sukun.
Banner 7

rawatan bekam









Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.