Hukum Lam Sakinah

Lam Sakinah Pada Lam Takrif : Iaitu lam sakinah pada pangkal kata nama; didahului oleh hamzah wasal yang dibariskan dengan fathah apabila memulakan bacaan.

Terdapat dua hukum bagi Lam Sakinah Pada Lam Takrif:

  • Lam Qamariyyah

Bunyi lam dinyatakan dengan jelas (Izhar) . Cara bacaannya adalah dengan menyebut huruf lam dengan sebutan yang jelas. Ia boleh dikenali dengan tanda sukun (mati) pada huruf lam dan diikuti dengan salah satu dari huruf-huruf Qamariyyah.

Huruf-huruf Qamariyyah ada 14, iaitu :

( ء ب ج ح خ ع غ ف ق ك م و ه ي )

Rangkai kata:

 اَبِغْ حَجَّكَ وَخِفْ عَقِيْمَهُ

Contohnya:

الْحَمْدُ – الْبَقَرَةُ – الْجِنُّ – الْإنْسُ

  • Lam Syamsiyyah

Bunyi lam tidak disebut atau tidak dinyatakan (Idgham). Cara bacaannya adalah dengan memasukkan huruf lam ke dalam huruf-huruf Syamsiyyah. Ia boleh dikenali dengan tanda syaddah (sabdu) pada huruf- huruf Syamsiyyah yang terdapat selepas alif lam.

Huruf-huruf Syamsiyyah juga ada 14, iaitu:

( ت ث د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ل ن )

Contohnya:

الرَّحْمنُ – النّاسُ – الشَّمْسُ – الطَّارِقُ

Lam Sakinah Pada Isim, Fi’il dan Harf :

Iaitu lam sakinah yang terdapat pada kata nama, kata kerja dan huruf.

Idgham: apabila bertemu huruf ر atau ل :

Lam Hal/Bal :

 هَل لَّكُم – بَل لَّا يَخَافُونَ –  بَل رَّفَعَهُ

Lam Fi’il :

وَقُل لَّهُمَا  – وَقُل لَّهُمَا  

Izhar: apabila tidak bertemu huruf ر atau ل.

Lam Amar :

ثُمَّ لۡيَقۡضُواْ    –    فَلۡيَكۡتُبۡ      –      وَلۡيَكۡتُب

Lam Hal/Bal :

بَلۡ مِلَّةَ        –      هَلۡ يُهۡلَكُ

Lam Fi’il :   

يَتَوَكَّلۡ         –       جَعَلۡنَا

Lam Isim :

أَلۡفَافًا –  سُلۡطَٰنٗاۖ  –  مَلۡجَ‍ًٔا

Lafaz al-Jalalah

Huruf ل pada kalimah Al-Jalalah (الله) mempunyai tanda tasydid dan baris fatha di atasnya; namun demikian, kadar bacaannya adalah 2 harakat. Ia tidak ditanda dengan huruf alif kecil untuk membezakannya dengan ejaan kalimah Al-Latta.

Jika kalimah Al-Jalalah diwaqafkan di hujung kalimah, kadar bacaannya adalah 2 atau 4 atau 6 harakat.

Kalimah ini dilafaz dengan dengan tebal atau tipis menurut baris huruf yang sebelumnya:

Jika huruf sebelumnya berbaris fatha atau dhommah, maka huruf lam hendaklah dilafaz dengan tebal (targhliz).

خَتَمَ اللّٰهُ عَلٰى قُلُوْبِهِمْ – فَزَادَهُمُ اللّٰهُ مَرَضًاۚ

Jika huruf sebelumnya berbaris kasrah, maka huruf lam hendaklah dilafaz dengan tipis (tarqiq).

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ – اٰمَنَّا بِاللّٰهِ 

Banner 7

rawatan bekam









Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.