Hukum Qat’u

Qat’u (القطع) dari segi bahasa bermaksud memutuskan. Qat’u yang dimaksudkan dalam istilah ilmu Tajwid ialah memutuskan bacaan untuk tujuan berhenti kerana sesuatu yang tiada kaitan dengan bacaan, seperti menyelesaikan bacaan bagi waktu tersebut.

Sebaik-baiknya hendaklah memutuskan bacaan pada waqaf tam atau waqaf kafi kerana meraikan sempurnanya lafaz dan makna bacaan alQuran.

Tidak disukai untuk memutuskan bacaan di pertengahan ayat tanpa sebab kecuali terlupa semasa solat atau lain-lain perkara darurat.

Perbezaan antara Waqaf dengan Qat’u ialah Waqaf berhenti kerana mengambil nafas baru sedangkan Qata’ ialah berhenti kerana selesai membaca. Oleh itu pembaca al-Quran dituntut membaca Isti’azah jika hendak memulakan semula bacaan.

Perkara-perkara yang perlu diperhatikan apabila menyudahkan bacaan al-Quran untuk sesuatu tempoh ialah:

  • Menamatkan akhir sesuatu Surah. (ada 114 surah dalam al-Quran)
  • Menamatkan akhir sesuatu Juz. (ada 30 juz dalan al-Quran)
  • Menamatkan akhir sesuatu Hizb. (tempat berhenti 1/2 Juz) atau Rubu’ (tempat berhenti 1/4 Hizb). (ada 60 hizb dan 240 Rubu’ dalam al-Quran)
  • Menamatkan akhir sesuatu ayat. (ada 6236 ayat sebenarnya dalam al-Quran)

Diriwayatkan oleh Imam al-Jazari dengan sanad yang bersambung kepada ‘Abdullah bin Abi al-Huzail katanya yang bermaksud:

“Jika seseorang dari kamu telah memulakan bacaan dari sesuatu ayat, janganlah disudahkan bacaan itu hinggalah selesai akhir ayat tersebut”

kata Ibn Abi al- Huzaili lagi yang bermaksud: Adalah para sahabat r.a tidak suka membaca sesuatu ayat kemudian meninggalkan setengah daripadanya.

Banner 7

rawatan bekam









Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.