Hukum Saktah

Saktah bermaksud diam; berhenti sekadar 2 harakat tanpa memutuskan nafas, kemudian meneruskan bacaan dengan nafas yang sama.

Hanya berlaku pada keadaan wasal sahaja; tidak berlaku pada keadaan waqaf. Boleh dikenali dengan tanda huruf sin kecil ( س ) yang terletak di atas huruf akhir kalimah.

Wajib saktah pada 4 empat sekiranya memilih untuk wasal:

Qiyamah:27 :

كَلَّآ اِذَا بَلَغَتِ التَّرَاقِيَۙ وَقِيْلَ مَنْ ۜرَاقٍۙ

Muthofifin:14 :

كَلَّا بَلْ ۜرَانَ عَلٰى قُلُوْبِهِمْ مَّا كَانُوْا يَكْسِبُوْنَ

 Kahf:1 :

اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِيْٓ اَنْزَلَ عَلٰى عَبْدِهِ الْكِتٰبَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَّهٗ عِوَجًا ۜ

Yaasin:52 :

قَالُوْا يٰوَيْلَنَا مَنْۢ بَعَثَنَا مِنْ مَّرْقَدِنَا ۜهٰذَا مَا وَعَدَ الرَّحْمٰنُ وَصَدَقَ الْمُرْسَلُوْنَ


Untuk ayat Qiyamah:27 dan Muthofifin:14; lebih afdal diwasalkan berserta saktah. Manakala pada ayat Kahf:1 dan Yaasin:52 pun, adalah lebih afdal diwaqafkan.

Harus saktah pada 2 tempat sekiranya memilih untuk wasal:

Anfal:75-AtTaubah: 1
sila rujuk Bab Isti’azah & Basmalah

اِنَّ اللّٰهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمٌ بَرَاۤءَةٌ مِّنَ اللّٰهِ وَرَسُوْلِهٖٓ

Haqqah:28-29
harus wasal dengah saktah atau idgham

مَآ اَغْنٰى عَنِّيْ مَالِيَهْۚ هَلَكَ عَنِّيْ سُلْطٰنِيَهْۚ

Banner 7

rawatan bekam









Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.