Mad Asli

Mad asli ( مد اصلي )  : Iaitu mad asal yang ada pada satu-satu kalimah dan tidak terikat dengan sebarang sebab untuk memanjangkannya seperti bertemu dengan huruf hamzah atau sukun.

Sekiranya huruf mad tersebut dibaca kurang atau lebih daripada 2 harakat, sama ada ia akan berubah makna atau tidak mempunyai sebarang makna.

kadar 2 harakat adalah sekurang-kurang kadar pemanjangan, sedangkan 1 harakat tidak dikira sebagai bacaan yang panjang. Begitu juga jika lebih dari 2 harakat, ia sudah melebihi pemanjangan yang asal. 

Dikenali juga sebagai mad tabi’e ( طبيعي ) kerana menjadi tabiat orang Arab menyebutnya dengan 2 harakat (tidak lebih atau kurang).

Mad Asli – مد اصلي

Mad Asli yang dibaca 2 harakat pada semua keadaan sama ada ketika wasal, waqaf, di pertengahan atau akhir kalimah.

Mad asli dikenali dengan dua tanda berikut:


i.  Huruf mad ا و ي yang tiada sebarang tanda atau baris.

قِيلَ  –  قُولُواْ  –   قَالَ

ii. Tanda alif kecil ( ا ), wau kecil ( و ) atau ya kecil ( ۦ )  .

إِۦلَٰفِهِمۡ  –  إِنَّهُۥ  –  أَغۡنَىٰ

Alif ( ا ) sakinah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris atas.
Waw ( و ) sakinah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris hadapan.
Ya’ ( ي ) sakinah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris bawah.

Contohnya:

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ  – تِلْكَ مِنْ أَنْبَاءِ الْغَيْبِ نُوحِيهَا إِلَيْكَ

Terdapat 3 Keadaan Mad Asli, iaitu:

  1. Wasal (bersambung)
  2. Waqaf (berhenti)
  3. Wasal dan Waqaf
  • Wasal – mad asli berlaku ketika bersambung

Mad Silah Sughra : ( مد صلة صغرى ) Iaitu mad asli yang berlaku ketika menyambungkan bacaan.

Silah bererti sambung; qasirah pula bererti pendek. Berlaku pada huruf ha’ dhamir yang terletak di antara dua huruf yang berbaris dan tiada huruf hamzah selepasnya.

Dibaca dengan 2 harakat ketika wasal dan disukunkan ketika waqaf. 

بِهِۦ بَصِيرٗا  –  إِنَّهُۥ كَانَ

Dapat dikenali dengan adanya tanda wau kecil ( و ) atau ya kecil ( ۦ )  selepas huruf ha’ dhamir.

مِيثَٰقِهِۦ وَيَقْطَعُونَ – لِقَوْمِهِۦ يَٰقَوْمِ – وَرَحْمَتُهُۥ لَكُنتُم

Contohnya:

فَمَنْ شَاۤءَ اتَّخَذَ اِلٰى رَبِّهٖ مَاٰبًا –  لَا تَأْخُذُهٗ سِنَةٌ وَّلَا نَوْمٌۗ – وَّامْرَاَتُهٗ ۗحَمَّالَةَ الْحَطَبِۚ

  • Waqaf – mad asli berlaku ketika berhenti

Mad ‘Iwad : ( مد عوض ) Iaitu mad asli yang berlaku ketika mewaqafkan bacaan.

‘Iwadh bererti ganti; iaitu menggantikan satu baris dari tanwin fathatain kepada bacaan mad 2 harakat ketika diwaqafkan; kecuali pada kalimah yang diakhiri dengan ta marbutah yang bertanwin.

مَسۡرُورًا –  بَصِيرًا –  يَسِيرًا

Hendaklah berhati-hati agar tidak menambah sebutan hamzah atau ha’ sakinah di hujung mad ‘iwadh.

ۘ أَتَتَّخِذُنَا هُزُوًا ۖ  – عَشْرَةَ عَيْنًا ۖ  – بِهَٰذَا مَثَلًا 

Contohnya:

وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا –  وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا – لَيْسُوْا سَوَاۤءً

  • Wasal dan Waqaf – mad asli tetap berlaku ketika sambung atau berhenti. Begitu juga sama ada berada di pertengahan kalimah atau di akhir kalimah:

Mad Badal :  ( مد بدل ) Berlaku apabila huruf hamzah bertemu dengan huruf mad di awal kalimah atau setiap huruf hamzah yang dipanjangkan sebutannya. Badal bererti tukar.

Terdapat dua jenis mad badal:

a. Mad Badal Asli: mad yang pada asalnya, terdapat huruf hamzah kedua sakinah yang ditukar kepada huruf mad.

ءَامَنَ –> ءَأْمَنَ

أُوتُوا –> أُؤْتُوا

إِيمَانًا –> إِئْمَانًا

b. Mad Menyerupai Badal: mad asli yang kelihatan seperti mad badal dan huruf hamzah itu bukan di awal kalimah.

جَآءُو – مَئَاب – رُءُوسِهِمْ

Kadar bacaan:  2 harakat.

وَأُوذُواْ – إِيمَانًا – ءَادَمَ

Contohnya:

اٰمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَآ اُنْزِلَ – زَادَتْهُمْ اِيْمَانًا وَّعَلٰى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُوْنَۙ – وَمَآ اُوْتِيَ مُوْسٰى وَعِيْسٰى

Perhatian:

a. Tanda sifir mustadir (bujur serong) bukanlah tanda huruf mad asli, tetapi tanda huruf tambahan yang ada pada tulisan tapi diabaikan dalam bacaan; sama ada ketika wasal atau waqaf.

تَصۡبِرُواْ  –  وَتَتَّقُواْ – قَوَارِيرَاْ  – أُوْلَٰٓئِك

b. Tanda sifir mustathil (bujur tegak) pula adalah tanda huruf yang diabaikan ketika wasal tetapi dibaca ketika waqaf dengan mad asli.

لَّٰكِنَّا۠    –     ٱلظُّنُونَا۠     –    ٱلسَّبِيلَا۠   –     أَنَا۠

c. Huruf lam pada Lafaz Jalalah adalah sebahagian dari hukum mad asli, walaupun tiada tanda alif kecil di atas huruf lam tersebut. Ini adalah untuk membezakan Lafaz Jalalah dengan kalimah Al-Lata.

 ٱللَّهُ

اَفَرَءَيْتُمُ اللّٰتَ وَالْعُزّٰى 

d. Mad Asli yang terdapat pada huruf ringkas di awal surah juga dibaca dengan 2 harakat. Dikenali sebagai Mad Asli Harfi.

يسٓ  –    حمٓ  –  طه

Banner 7

rawatan bekam









Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.